Nadi X Wellbeing: Saringan Awal Kesihatan Kepada Komuniti Yang Hadir
23 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22/03/2025 bersamaan dengan hari Sabtu, petugas mengambil kesempatan untuk membuat saringan kesihatan kepada komunti yang hadir ke pusat NADI Piasau. Tujuan utama saringan kesihatan ini dibuat agar kesemua komuniti yang hadir dapat menyemak tahap Kesihatan mereka sendiri. Dengan alatan yang telah disediakan oleh NADI, iainya dapat membantu komuniti untuk melihat tahap Kesihatan mereka seperti menyemak tahap tekanan darah tinggi, kadar gula dalam badan serta ukuran BMI mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: